Wednesday, March 19, 2014

Cara`cara Pecah sempadan Tanah

Cara`cara Pecah sempadan Tanah

Pecah Sempadan

Pengenalan
Proses memecah bahagian atau memecah sempadan tanah membolehkan pemiliknya memecahkan tanah kepada beberapa unit kecil. Ini dilakukan apabila pemilik berhasrat membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan yang lebih produktif atau untuk menjual atau memindahmilik sebahagian daripada tanah yang dimiliknya kepada pihak-pihak lain.
Untuk tanah pertanian luas minima setelah dipecahkan hendaklah tidak kurang dari satu ekar yang bersamaan dengan lebih kurang 0.4 hektar, manakala bagi tanah kegunaan lain hendaklah mengikut keluasan minima yang dibenarkan oleh Undang-undang Kecil Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan, pemilik perlu memohon ubahsyarat selepas memecahkannya. Misalnya tanah pertanian yang hendak dibangunkan untuk perumahan dan perniagaan perlu diubahsyarat secara berasingan kepada kegunaan-kegunaan baru, oleh kerana syarat serta cukai adalah berlainan bagi kedua-dua kegunaan tersebut. Oleh itu pemilik atau pemilik-pemilik perlu memecahkan tanah kepada beberapa lot yang lebih kecil, selaras dengan kehendak Undang-undang yang berkuatkuasa, diikuti dengan permohonan ubahsyarat dengan mengasingkan lot untuk perumahan, lot untuk kegunaan pertanian dan kegunaan-kegunaan lain.
Perbezaan antara permohonan Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan ialah bagi pecah bahagian, kesemua nama pemilik yang terdapat di atas hakmilik asal akan didaftarkan di atas setiap Hakmilik unit baru. Pecah Sempadan pula bermakna nama yang berasingan akan didaftarkan atas Hakmilik baru yang berasingan.
Penyatuan Tanah:
Selain dari itu jika pihak mempunyai beberapa keping tanah yang bersebelahan, yang berpegang dengan jenis Hakmilik yang sama, syarat-syarat Nyata dan kegunaan yang sama, tanah-tanah tersebut boleh dicantumkan menjadi satu di bawah proses yang disebut Penyatuan Tanah.
Untuk kemudahan, pemilik pada lazimnya melantik Jurukur Berlesen untuk mengukur tanah dan mengemukakan (bagi pihaknya) permohonan, Pecah Bahagian, Pecah Sempadan, atau Penyatuan Tanah ke Pejabat Tanah.
Kuasa Meluluskan
  • Pengarah Tanah dan Galian bagi Hakmilik Pendaftar.
  • Pentadbir Tanah bagi Hakmilik Pejabat Tanah.

Borang Yang Digunakan

Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan Tanah
Borang 9A
Permohonan Untuk Memecahkan Bahagian Tanah
Borang 9B
Permohonan Untuk Menyatukan Tanah
Borang 9C

Bayaran

Bayaran Pelan
RM10.00 seplot
Bayaran Pendaftaran Hakmilik Sementara
RM20.00 seplot
Bayaran Pendaftaran Hakmilik Kekal
RM20.00 seplot
Bayaran Ukur
Sila lihat Jadual Bayaran Ukur

Dokumen Yang Perlu Disertakan:
Bagi Permohonan Perseorangan
Empat (4) salinan :-
  1. Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
  2. Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
  3. Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah
  4. Lima belas (15) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
  5. Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
  6. Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
  7. Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah (jika menggunakan perkhidmatan Jurukur Berlesen).
  8. Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan (jika berkaitan).
  9. Resit bayaran permohonan RM30.00 seplot.
  10. Satu (1) salinan borang butir-butir diri pemohon.
  11. Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon.
Bagi Permohonan Syarikat
Satu (1) salinan :-
  1. Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
  2. Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
  3. Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah.
  4. Satu (1) salinan pelan.
  5. Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
  6. Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
  7. Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah.
  8. Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan.
  9. Satu (1) salinan resit bayaran permohonan sebanyak RM30.00
  10. Satu (1) salinan Resolusi Syarikat.
  11. Satu (1) salinan Perlembagaan/Memorandum dan Articles Syarikat.
  12. Satu (1) salinan Senarai Lembaga Pengarah (Form 49) yang disahkan oleh Pendaftar
  13. Syarikat/Setiausaha Syarikat.
  14. Satu (1) salinan Penyata Pembahagian Saham (Form 24) atau Perpindahan Saham (Form 32A) yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat/Setiausaha Syarikat.
Bagi Permohonan Oleh Penerima Surat Wakil Kuasa
  • Satu (1) salinan surat wakil kuasa yang telah didaftarkan di Mahkamah dan difailkan di Pejabat PTG/Pejabat Tanah.
  • Dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas.

Sunday, March 2, 2014

Kabinet Dapur Terkini











Rumah Banglo setingkat keluasan 38 x 58



Membina rumah banglo di atas tanah sendiri

Rumah Banglo setingkat 
keluasan 38 x 58

Rumah banglo persendirian yang dibina 
keluasan 38 x 58 keseluruhan
4+1 bilik 3 bilik air
harga dianggarkan RM210000
harga bergantung pada kos barang binaan dan design rumm.


































Kaedah Membina Rumah Atas Tanah Sendir



Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah :
  1. pastikan saudara telah mempunyai tanah atas nama sendiri atau bersama suami/isteri dan tanah tersebut boleh dibina bangunan. soo, tanah atas nama orang lain adalah tidak dibenarkan. jika perlu beberapa tindakan boleh diambil seperti buat permohonan pecah lot, beli semua bahagian tanah, tukar nama kesemua bahagian tanah dsb.
  2. pastikan juga syarat tanah lainnya seperti tempoh pajakan dan sekatan kepentingan kerana urusan kebenarannya perlu memgambil masa yang lama.
  3. selepas itu bolehlah melantik akitek berdaftar untuk membina pelan dan dapatkan kelulusan daripada pihak majlis. nak jimat, lantik akitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu dapat pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.
  4. lantik peguam dan kontraktor seterusnya buat perjanjian pembinaan. jika nak jimat, buat sendiri rumah tanpa menggunakan kontraktor tetapi perlu dengan ilmu. 
  5. cara bayaran kos pembinaan perlulah mengikut jadual seperti di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian.

...kebaikannya membina rumah di atas tanah sendiri adalah saudara bebas untuk merekabentuk rumah mengikut selera dan nafsu sendiri tetapi perlu la dikawal...tak gitu! 

bagi yang sedang merancang atau yang masih berangan-angan tuu bolehlah mulakan langkah sekarang. yang kurang yakin mengenai urusan pinjaman perumahan kerajaan berkaitan dengan membina rumah atas tanah sendiri sila hubungi T.Azman Shah di 019-291-5336 pada bila-bila masa. yang sedang membina rumah tuu, semoga impian saudara tercapai. amin.


Thursday, February 27, 2014

PINJAMAN PERUMAHAN




PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA (BPP) UNTUK MEMBELI TANAH BAGI TUJUAN MEMBINA RUMAH

SYARAT-SYARAT PINJAMAN
  1. Pembelian hanya  dibenarkan bagi tanah yang mempunyai Hakmilik Individu.
  2. Surat kebenaran  pindahmilik dan menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan.
  3. Jika  hartanah telah digadai kepada bank/institusi kewangan, penyata baki hutang  penjual  mestilah dalam  had amaun kelayakan pemohon bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan.
  4. Pembelian hanya dibenarkan bagi tanah yang telah siap/sedia untuk pembinaan rumah.
  5. Amaun kelayakan tidak melebihi 50% daripada kelayakan semasa. Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 360 bulan atau tertakluk kepada baki tempoh perkhidmatan bagi Skim KWSP.
  6. Laporan Penilaian daripada JPPH.
KELAYAKAN PINJAMAN

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PINJAMAN




GRAN TANAH

GERAN TANAH 

Terdapat 2 jenis Geran Tanah atau Hakmilik Tanah: 
        a) Hakmilik Tetap (HT)
b) Hakmilik Sementara (HS)
 

HAKMILIK TETAP
i) Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar     
      - Geran Negeri iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya

      - Geran Pajakan Negeri iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu
ii) Hakmilik Tetap Pejabat Tanah
- Geran Mukim iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya.
- Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu.
Geran Pajakan biasanya selama 60 tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut tanpa sebarang pampasan. Sekiranya tanah tersebut tidak dimajukan oleh pihak berkenaan, pemilik tanah boleh menyambung pajakan untuk tempoh tertentu dengan bayaran premium tanah semasa. Geran pajakan kemungkinan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dan kemungkinan tiada sekatan.
HAKMILIK SEMENTARA
- Tidak boleh dipecah sempadan.
- Tidak boleh dipecah bahagi.
- Tidak boleh disatukan tanah.
- Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika ianya terletak di atas tanah HS.
** melainkan tanah telah diukur dengan sempurna dan pelan akui berkenaan dengannye telah diluluskan.
HS ialah untuk membolehkan tanah diberimilik sebelum diukur atau membolehkan hakmilik dikeluarkan sebelum pengukuran tanah apabila berlaku pecah sempadan, pecah bahagia dan penyatuan.
HS membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan.
i) Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran
- Akhirnya akan dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri.
ii) Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Tanah
- Akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim


TANAH / TAPAK RUMAH


Panduan
Beli Tanah
  1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.
  2. Jangan membeli tanah dari orang tengah kerana biasanya mereka meletak denga harga yang tinggi. Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah.
  3. Elakkan menggunakan ejen hartanah tidak berlesen (haram) Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia
  4. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.
  5. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.
  6. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
  7. Periksa dengan pejabat tanah masing-masing adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.
  8. Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah. 
  9. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.
  10. Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan kita dan akan melambatkan proses pembinaan rumah.
  11. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedu-dua pihak. Anda tak perlu ke pejabat lawyer cukup sekadar tulisan tangan (lebih baik taip) dan kedua-dua pihak memahami dan setuju terma dan syarat.