Wednesday, March 19, 2014

Cara`cara Pecah sempadan Tanah

Cara`cara Pecah sempadan Tanah

Pecah Sempadan

Pengenalan
Proses memecah bahagian atau memecah sempadan tanah membolehkan pemiliknya memecahkan tanah kepada beberapa unit kecil. Ini dilakukan apabila pemilik berhasrat membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan yang lebih produktif atau untuk menjual atau memindahmilik sebahagian daripada tanah yang dimiliknya kepada pihak-pihak lain.
Untuk tanah pertanian luas minima setelah dipecahkan hendaklah tidak kurang dari satu ekar yang bersamaan dengan lebih kurang 0.4 hektar, manakala bagi tanah kegunaan lain hendaklah mengikut keluasan minima yang dibenarkan oleh Undang-undang Kecil Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan, pemilik perlu memohon ubahsyarat selepas memecahkannya. Misalnya tanah pertanian yang hendak dibangunkan untuk perumahan dan perniagaan perlu diubahsyarat secara berasingan kepada kegunaan-kegunaan baru, oleh kerana syarat serta cukai adalah berlainan bagi kedua-dua kegunaan tersebut. Oleh itu pemilik atau pemilik-pemilik perlu memecahkan tanah kepada beberapa lot yang lebih kecil, selaras dengan kehendak Undang-undang yang berkuatkuasa, diikuti dengan permohonan ubahsyarat dengan mengasingkan lot untuk perumahan, lot untuk kegunaan pertanian dan kegunaan-kegunaan lain.
Perbezaan antara permohonan Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan ialah bagi pecah bahagian, kesemua nama pemilik yang terdapat di atas hakmilik asal akan didaftarkan di atas setiap Hakmilik unit baru. Pecah Sempadan pula bermakna nama yang berasingan akan didaftarkan atas Hakmilik baru yang berasingan.
Penyatuan Tanah:
Selain dari itu jika pihak mempunyai beberapa keping tanah yang bersebelahan, yang berpegang dengan jenis Hakmilik yang sama, syarat-syarat Nyata dan kegunaan yang sama, tanah-tanah tersebut boleh dicantumkan menjadi satu di bawah proses yang disebut Penyatuan Tanah.
Untuk kemudahan, pemilik pada lazimnya melantik Jurukur Berlesen untuk mengukur tanah dan mengemukakan (bagi pihaknya) permohonan, Pecah Bahagian, Pecah Sempadan, atau Penyatuan Tanah ke Pejabat Tanah.
Kuasa Meluluskan
  • Pengarah Tanah dan Galian bagi Hakmilik Pendaftar.
  • Pentadbir Tanah bagi Hakmilik Pejabat Tanah.

Borang Yang Digunakan

Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan Tanah
Borang 9A
Permohonan Untuk Memecahkan Bahagian Tanah
Borang 9B
Permohonan Untuk Menyatukan Tanah
Borang 9C

Bayaran

Bayaran Pelan
RM10.00 seplot
Bayaran Pendaftaran Hakmilik Sementara
RM20.00 seplot
Bayaran Pendaftaran Hakmilik Kekal
RM20.00 seplot
Bayaran Ukur
Sila lihat Jadual Bayaran Ukur

Dokumen Yang Perlu Disertakan:
Bagi Permohonan Perseorangan
Empat (4) salinan :-
  1. Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
  2. Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
  3. Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah
  4. Lima belas (15) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
  5. Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
  6. Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
  7. Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah (jika menggunakan perkhidmatan Jurukur Berlesen).
  8. Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan (jika berkaitan).
  9. Resit bayaran permohonan RM30.00 seplot.
  10. Satu (1) salinan borang butir-butir diri pemohon.
  11. Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon.
Bagi Permohonan Syarikat
Satu (1) salinan :-
  1. Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
  2. Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
  3. Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah.
  4. Satu (1) salinan pelan.
  5. Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
  6. Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
  7. Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah.
  8. Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan.
  9. Satu (1) salinan resit bayaran permohonan sebanyak RM30.00
  10. Satu (1) salinan Resolusi Syarikat.
  11. Satu (1) salinan Perlembagaan/Memorandum dan Articles Syarikat.
  12. Satu (1) salinan Senarai Lembaga Pengarah (Form 49) yang disahkan oleh Pendaftar
  13. Syarikat/Setiausaha Syarikat.
  14. Satu (1) salinan Penyata Pembahagian Saham (Form 24) atau Perpindahan Saham (Form 32A) yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat/Setiausaha Syarikat.
Bagi Permohonan Oleh Penerima Surat Wakil Kuasa
  • Satu (1) salinan surat wakil kuasa yang telah didaftarkan di Mahkamah dan difailkan di Pejabat PTG/Pejabat Tanah.
  • Dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas.

No comments:

Post a Comment