Thursday, March 20, 2014

Pengenalan dan Kaedah Pembinaan Batu Bata Interlok

Pengenalan 
Batu Bata Interlok
APAKAH BATU BATA INTERLOK (INTERLOCKING BRICKS)
Secara amnya batu bata interlok adalah bahan binaan yang bebeza dengan batu-bata biasa. Ia direkabentuk dengan reka bentuk khas sebagai batu bata pasang siap (interlocking bricks sistem) yang merupakan satu teknologi baru dalam pembuatan dan pengeluaran produk pembinaan bagi mengantikan kaedah konvensional. Batu bata interlok boleh diusahakan sendiri tanpa perlu proses bakar, tetapi melalui proses kimia. Susunan batu bata interlok tidak perlu mortar simen kerana bersifat 'interlocking' Ia juga bersifat 'homogeneous',  tidak perlu kemasan cat dan anti fungus. Pengusaha produk inovasi ini mendapat perhatian dan galakkan R&D tempatan untuk dikomersilkan secara meluas.
Batu bata interlok dihasilkan daripada campuran tanah , pasir , simen dan air yang dimampatkan . Kaedah pembuatannya mengunakan pemampat tekanan tinggi – Hydrulic Press, dalam menghasilkan blok bata yang seragam mengikut reka bentuk yang dikehendaki mengikut keperluan dan kesesuaian pembinaan.
KELEBIHAN PENGGUNAAN BATU BATA INTERLOK
  1. Bata yang dihasilkan mempunyai bentuk yang sama, dihasilkan dengan penggunaan mesin serta ketinggian setiap jenis bata adalah sama dan tepat. Ia untuk memudahkan pemasangan sewaktu kerja menyusun bata dan memastikan kedudukan bata tegak dan lurus. Kerja menyusun bata dapat dibuat tanpa memerlukan kepakaran tukang bata mahir.
  2. Mortar tidak digunakan sewaktu kerja penyusunan bata bermula di lapisan kedua dan jumlah penggunaan simen dikurangkan
  3. Setiap bata yang dihasilkan mempunyai lubang di tengah berfungsi sebagai:-

    a. Ruang untuk  steel rods untuk reinforcement dan untuk memasukkan liquid mortar kedalam lubang tersebut apabila bata telah disusun. Bancuhan yang telah memenuhi keseluruhan ruang lubang akan membuat kestabilan dinding lebih kukuh

    b. Laluan/litar elektrik untuk kerja-kerja pendawaian elektrik dan laluan paip agihan air (reticulation pipe).
  4. Menjimatkan kos pembinaan rumah antara 15%-20% disebabkan oleh:

    a. Penjimatan tenaga kerja mahir & kos upah
    b. Menjimatkan kos bahan mentah (simen & besi)
    c. Formwork tidak diperlukan (produk termasuk bata beam)
    d. Lepaan (plaster) tidak diperlukane.      
    e. Penggunaan cat untuk bahagian yang perlu sahaja
    f.  Tempoh penyiapan kerja dapat dipendekkan
    g. Tiang dan rasuk konkrit tetulang tidak diperlukan
    h. Keperluan bahan mentah untuk membuat bata mudah dan senang diperolehi dan proses pengeluaran juga memberi kelebihan dari segi persekitaran alam sekitar.
  5. Dibandingkan dengan kaedah conventional masonry, kerja menyusun / mengikat bata menjimatkan tempoh masa pembinaan dan kuantiti mortar yang digunakan terkawal dan menjimatkan . Kawasan tapak pembinaan juga tidak terdedah kepada bahan buangan terpakai serta keselamatan di kawasan kerja lebih selamat.
  6. Kestabilan struktur dan ketahanan untuk pembinaan berasakan  Batu Bata Interlok  adalah baik dan menghasilkan ruang dalaman bangunan yang sejuk berbanding bangunan berasaskan conventional masonry
  7. Batu Bata Interlok  boleh dikeluarkan dalam skala yang kecil di kawasan tapak pembinaan ( untuk mengurangkan kos masa & penghantaran ke tapak pembinaan). Proses pengeluaran produk juga tidak melibatkan penggunaan tenaga kerja yang ramai ( jumlah pekerja antara 4-6 pekerja)
  8. Dari sudut teknikal, kaedah penggunaan Batu Bata Interlok ini sesuai digunapakai di dalam pelbagai kerja-kerja yang melibatkan pembinaan
  9. Dari sudut kewangan, kos pembinaan untuk sesuatu projek yang dijalankan dapat dijimatkan dengan pengurangan tempoh masa siap, kos upah untuk pekerja mahir dan jumlah pekerja dapat dikurangkan serta jumlah penggunaan bahan asas pembinaan seperti simen, pasir, besi dan juga penggunaan formwork hanya di bahagian yang tertentu sahaja. 
Jenis-Jenis
Batu Bata Interlok

Kaedah Pembinaan

Batu Bata Interlok
  1. Menyediakan rekabentuk dan pelan rumah berdasarkan modul batubata interlok. Lukisan kerja (working drawings) dan lukisan jurutera juga disediakan untuk memudahkan kerja pembinaan.
  2. Memancang tanda (setting out) kedudukan rumah di atas tapakbina berdasarkan pelan.
  3. Membina asas (faundation) rumah berpandukan spesifikasi struktur yang disediakan oleh jurutera. Aras papak lantai konkrit mestilah dipastikan rata dan lurus.
  4. Menyapu satu lapisan bitumen cair serta memasang satu lapisan membran bitumen seterusnya menurap satu lapisan simen motar setebal 2 inci. 
  5. Menyusun lapisan pertama dinding dan tiang batu bata interlok di keseluruhan bangunan rumah dengan merujuk kepada lukisan binaan yang disediakan.
  6. Menyusun batu bata interlok untuk lapisan kedua dan seterusnya sehingga ketinggian 1 meter atau 10 lapisan batu bata.
  7. Memasang bar besi (saiz minima Y10) untuk setiap 1 meter lebar (memanjang) dan setiap 1 meter tinggi (menegak) dinding.
  8. Memasang konduit pendawaian elektrik dan paip air.
  9. Menuangkan sehingga penuh simen mortar (G1/1:3) kedalam setiap lubang batu bata pada setiap 1 meter (10 lapisan bata) untuk mengikat dan mengukuhkan dinding. Limpahan simen mortar yang terkeluar daripada celahan sambungan batu bata interlok hendaklah dibersihkan...
  10. Menyusunpasang bata rasuk (beam brick) pada lapisan bawah dan lapisan atas kerangka pintu dan tingkap dan dikukuhkan dengan bar besi.
  11. Pada setiap 1 meter atau diatas setiap 10 lapisan bata dinding, bata rasuk akan disusunpasang bertujuan untuk mengunci dinding bata tersebut. Begitu juga pada lapisan akhir dinding bata sebagai pengganti rasuk konkrit atau besi.
  12. Menyapu lapisan kalis air di permukaan dinding batu bata yang telah siap dipasang samada dengan cara semburan atau menggunakan berus cat.
  13. Memasang kekuda bumbung dan bahan penutup bumbung.

Contoh Rumah
Batu Bata Interlok
REKABENTUK RUMAH BATU BATA INTERLOK  
Hampir semua jenis rumah kediaman boleh direkabentuk dan dibina dengan menggunakan batu bata interlok. walaubagaimanapun, terdapat dua aspek rekabentuk yang menjadi kekangan iaitu:
  1. Susunatur pelan rumah adalah bersegiempat (bersudut tepat)
  2. Semua ukuran dinding (panjang, lebar dan tinggi) adalah bergantung kepada jumlah gandaan panjang jenis batu bata yang digunakan. 
Lain-lain prinsip rekabentuk dan pembinaan, seperti ukuran dan pembinaan asas rumah, siling dan bumbung adalah sama dengan kaedah pembinaan konvensional.


Proses Membina Rumah Sendiri

Proses
Pembinaan

Berikut adalah ringkasan proses pembinaan sebuah rumah:- 
  1.    Mengenal pasti sempadan tanah tapak rumah
  2.    Membina papan adang dan papan tanda
  3.    Membuat pancang tanda 
  4.    Membina asas konkrit (footing)
  5.    Membina stump konkrit
  6.    Membina rasuk aras tanah (ground beam)
  7.    Membina lantai konkrit 
  8.    Membina tiang konkrit

    Video Pembinaan Rumah Contoh

  9.    Membina dinding batu bata (brickwall)
  10.    Memasang bingkai jendela dan pintu
  11.    Membina rasuk bumbung konkrit 
  12.    Memasang ke rangka dan penutup bumbung 
  13.    Memasang konduit pendawaian elektrik
  14.    Memasang siling 
  15.    Melepa dinding 
  16.    Melepa lantai
  17.    Memasang paip bekalan air (plumbing work) serta tangki air
  18.    Memasang jubin lantai dan dinding
  19.    Membina longkang dan apron
  20.    Membina tangki septik dan paip kumbahan
  21.    Memasang daun pintu dan ironmongeries
  22.    Mengecat 
  23.    Membersih dan membawa keluar sampah dan sisa binaan
  24.    Melakukan pemeriksaan akhir dan membuat permohonan CCC (Sijil Penyiapan dan Pematuhan)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































Lukis Pelan




Lubang yang telah dikorek untuk tapak gajah.






                                                         Besi sebelum dituang konkrit.


 

                       Konkrit yang telah dituang supaya menjadi tapak gajah dan ditanam 
sekali dengan besi untuk buat tiang rumah.






Tapak gajah yang telah siap, ditimbus semula, dan dibuat beam bawah.



Inilah rupanya beam bawah yang telah siap.. Proses seterusnya..





Membina dinding








Dinding yang telah siap dibina.



Dinding yang telah telah siap dibina perlu diletak 'lintel' di bahagian atas tingkap untuk menampung bebanan. 



Sementara menyiapkan pemasangan batu-bata untuk dinding, sebahagian pekerja membuat kerangka besi untuk top beam. 


          Inilah kerangka besi top beam yang telah diletakkan di atas dinding sebelum papan acuan dipasang.








                    .

Apabila beam dah keras, mereka pun pasang bumbung. Kenalah tentukan jenis bumbung apa, sebab nak pasang kerangka bumbung kena betul kiranya. Kalau pasang atap genting, banyak guna besi sebab genting berat. Saya nak atap genting, sebab rumah tak panas. Kalau boleh tak nak pakai air cond. Nak natural aje..


rangka bumbung besi

Selepas itu, barulah dipasang bumbung genting.
Bumbung genting yang hampir siap dipasang.

Wednesday, March 19, 2014

Rekabentuk Rumah Idaman Anda - Contoh Ilustrasi 3D

CONTOH ILUSTRASI 3D





No.01















No.02











No.03














No.04


No.04






No.05






No.06

06

06

06

06

No.07









No.08






08

08

08

08

No.09

09

09

09