PERKHIDMATAN KAMI


Khidmat Rekabentuk

REKABENTUK RUMAH BARU
Anda mungkin pernah mendengar ungakapan "Rumah Anda, Cita Rasa Anda". Rekabentuk sesebuah rumah sebenarnya mencerminkan peribadi, personaliti dan gaya hidup seseorang. Ada yang meminati rekabentuk vernakular Bali atau English, tidak kurang pula yang meminati rekabentuk tradisional Melayu, moden dan Kontemporari. Anda mungkin mempunyai cita rasa tersendiri yang mahu diterjemahkan melalui rumah yang anda dan diami. 
 Kami akan bersama-sama anda merancang, menterjemah dan memajukan rekabentuk rumah yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet anda. Setiap rekabentuk yang dihasilkan adalah unik dan menjadi hakmilik anda.

REKABENTUK PENGUBAHSUAIAN RUMAH SEDIADA
Pengubahsuaian sebuah rumah samada luaran atau dalaman akan mewujudkan 'jiwa' baru bukan sahaja kepada rumah tersebut tetapi juga kepada penghuni rumah. Walaubagaimanapun, perancangan yang teliti adalah perlu bagi mengelakan sebarang masalah di kemudian hari. Rekabentuk serta susunatur pengubahsuaian perlu dihasilkan dahulu untuk membuat anggaran awal kos kerja-kerja pengubahsuaian. Pelan-pelan ubahsuai juga perlu dihasilkan bagi tujuan mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan sebelum kerja-kerja pengubahsuaian boleh dimulakan. 
Tugas kamia dalah untuk membantu anda menghasilkan rekabentuk dan susunatur pengubahsuaian rumah anda mengikut keperluan dan kehendak anda berdasarkan garispanduan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL). Kami juga akan membantu anda menyedia dan memajukan pelan-pelan yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan daripada PBT di tempat anda.


REKABENTUK DALAMAN (Interior Design)
- Perancangan ruang dalaman 
- Spesifikasi kemasan dan bahan-bahan
- Susunatur dan spesifikasi perabut 
- Perancangan dan rekabentuk kabinet



 REKABENTUK DAPURKami merekabentuk, dan memasang, kabinet dapur untuk rumah dan bangunan-bangunan lain. Kami akan berkerjasama dengan anda untuk menghasilkan rekabentuk dan susunatur kabinet dapur yang bersesuaian dengan ruang dan gaya dalaman rumah anda. Paling penting, kami boleh merekabentuk dan menyediakan spesifikasi kabinet-kabinet dapur berdasarkan bajet anda.
  • Merancang dan menyediakan susunatur ruang dapur
  • Menyediakan spesifikasi bahan-bahan binaan dan kemasan kabinet 
  • Menyediakan spesifikasi peralatan dapur (peti sejuk, dapur memasak dll)
  • Menyediakan spesifikasi kelengkapan plumbing (sinki, kepala paip dll)
  • Menyediakan lukisan diagram pendawaian elektrik
  • Menyediakan lukisan dan spesifikasi lampu
  • Membina kabinet dapur  
=======================================================================


Khidmat
Lukis Pelan
Apa juga jenis rumah yang anda rancangkan, Kami sedia membantu anda menyediakan pelan-pelan  yang diperlukan untuk dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di tempat anda bagi mendapatkan kelulusan sebelum kerja-kerja binaan dimulakan.
Selain pelan untuk kelulusan,  kami juga menyediakan pelan-pelan berikut:

LUKISAN ARKITEK
  • Pelan Susunatur Ruang (Layout Plan)
  • Pelan Pembinaan (Construction Drawings)
  • Pelan Siap Bina (As Built Plan)
  • Pelan Terukur (Measured Drawing)
  • Pelan Perabut (Furniture Plan)

LUKISAN STRUKTUR
  • Pelan Struktur Konkrit Tetulang (RC Plan)
  • Pelan Struktur Keluli (Steelwork Plan)

LUKISAN ELEKTRIKAL
  • Pelan Elektrikal (Electrical Layout / Wiring Diagram)
  • Pelan Lampu (Lighting Plan)

LUKISAN MEKANIKAL
  • Pelan Susunatur dan Butiran Penghawa Dingin (Air Conditioning Layout & Details)
  • Pelan Susunatur dan Butiran Sistem Cegah Kebakaran (Fire Protection Services Layout & Details)
  • Pelan Paip Bekalan Air (Water Supply Plumbing Plans & Details)
  • Pelan Paip Pembentungan (Sanitary Plumbing Plans & Details)

LUKISAN AWAM
  • Pelan & Butiran Kerja Tanah (Earthwork Plans & Details)
  • Pelan & Butiran Jalan & Longkang (Road & Drainage Plans & Details)
  • Pelan & Butiran Bekalan Air (Water Supply Plans & Details)
  • Pelan & Butiran Paip Pembentungan (Sewerage Plans & Details)

No comments:

Post a Comment