Thursday, February 27, 2014

PINJAMAN PERUMAHAN




PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA (BPP) UNTUK MEMBELI TANAH BAGI TUJUAN MEMBINA RUMAH

SYARAT-SYARAT PINJAMAN
  1. Pembelian hanya  dibenarkan bagi tanah yang mempunyai Hakmilik Individu.
  2. Surat kebenaran  pindahmilik dan menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan.
  3. Jika  hartanah telah digadai kepada bank/institusi kewangan, penyata baki hutang  penjual  mestilah dalam  had amaun kelayakan pemohon bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan.
  4. Pembelian hanya dibenarkan bagi tanah yang telah siap/sedia untuk pembinaan rumah.
  5. Amaun kelayakan tidak melebihi 50% daripada kelayakan semasa. Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 360 bulan atau tertakluk kepada baki tempoh perkhidmatan bagi Skim KWSP.
  6. Laporan Penilaian daripada JPPH.
KELAYAKAN PINJAMAN

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PINJAMAN




GRAN TANAH

GERAN TANAH 

Terdapat 2 jenis Geran Tanah atau Hakmilik Tanah: 
        a) Hakmilik Tetap (HT)
b) Hakmilik Sementara (HS)
 

HAKMILIK TETAP
i) Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar     
      - Geran Negeri iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya

      - Geran Pajakan Negeri iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu
ii) Hakmilik Tetap Pejabat Tanah
- Geran Mukim iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya.
- Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu.
Geran Pajakan biasanya selama 60 tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut tanpa sebarang pampasan. Sekiranya tanah tersebut tidak dimajukan oleh pihak berkenaan, pemilik tanah boleh menyambung pajakan untuk tempoh tertentu dengan bayaran premium tanah semasa. Geran pajakan kemungkinan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dan kemungkinan tiada sekatan.
HAKMILIK SEMENTARA
- Tidak boleh dipecah sempadan.
- Tidak boleh dipecah bahagi.
- Tidak boleh disatukan tanah.
- Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika ianya terletak di atas tanah HS.
** melainkan tanah telah diukur dengan sempurna dan pelan akui berkenaan dengannye telah diluluskan.
HS ialah untuk membolehkan tanah diberimilik sebelum diukur atau membolehkan hakmilik dikeluarkan sebelum pengukuran tanah apabila berlaku pecah sempadan, pecah bahagia dan penyatuan.
HS membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan.
i) Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran
- Akhirnya akan dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri.
ii) Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Tanah
- Akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim


TANAH / TAPAK RUMAH


Panduan
Beli Tanah
  1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.
  2. Jangan membeli tanah dari orang tengah kerana biasanya mereka meletak denga harga yang tinggi. Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah.
  3. Elakkan menggunakan ejen hartanah tidak berlesen (haram) Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia
  4. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.
  5. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.
  6. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
  7. Periksa dengan pejabat tanah masing-masing adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.
  8. Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah. 
  9. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.
  10. Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan kita dan akan melambatkan proses pembinaan rumah.
  11. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedu-dua pihak. Anda tak perlu ke pejabat lawyer cukup sekadar tulisan tangan (lebih baik taip) dan kedua-dua pihak memahami dan setuju terma dan syarat.