Sunday, April 20, 2014

PELAN RUMAH IDAMAN ANDA

Jika ANDA ‘serius’ untuk dibantu…. Kami ada jawapannya…….!

Ketahui Bagaimana ANDA Boleh Menempah Pelan Rumah Idaman ANDA Dengan Harga DISKAUN Daripada Kami?
Tawaran Harga TERENDAH Bagi Membantu Anda Membina Rumah Idaman Anda!
  • Adakah anda sudah melayari semua reka bentuk/design rumah di galeri ONLINE kami?
  • Adakah anda berminat dengan salah satu daripada ratusan reka bentuk / design rumah yang kami hasilkan?
  • Adakah anda memerlukan pelan rumah tersebut secepat mungkin?

Jika YA, kami benar-benar ‘serius’ ingin membantu ANDA!
TEMPAHLAH PELAN RUMAH IDAMAN ANDA SEKARANG DENGANHarga Diskaun!!
BERAPAKAH CAJ YANG KAMI KENAKAN?
Kebiasannya, caj yang dikenakan bagi merekabentuk dan menyediakan pelan rumah adalah bergantung kepada keluasan luas lantai yang mana akan mempengaruhi kos pembinaan.
Lagi BESAR rumah yang anda inginkan, lagi TINGGI kos design dan penyediaan pelan yang terpaksa anda tanggung.
Namun, bagi membantu ramai pihak termasuk ANDA, kami di rekabentukrumah.com menyediakan“flat rate” untuk semua design yang kami paparkan di galeri ONLINE kami.
MAKSUDNYA??
Ianya bermaksud, mana-mana design di galeri kami dijual pada harga yang sama tanpa mengira keluasan luas lantai, bilangan bilik & juga anggaran kos pembinaan.
Jadi, apa yang perlu ANDA lakukan hanyalah memilih design yang sesuai dengan keperluan ANDA tanpa perlu risau kos pelan meningkat jika rumah anda BESAR!
BUATLAH TEMPAHAN PELAN RUMAH IDAMAN ANDA HARI INI !!!




Bagi membantu ANDA, terdapat 2 PAKEJ yang kami sediakan iaitu:-
PAKEJ UTAMA (Pakej 3)
  • Merupakan Pakej Reka Bentuk Rumah Yang LENGKAP
  • Merangkumi LUKISAN PEMBINAAN dalam format AutoCAD (saiz A1) & juga LAPORAN REKABENTUK SKEMATIK (LRS) dalam format JPEG (saiz A4)
Melalui Pakej ini, ianya bakal membantu ANDA menyelesaikan masalah berikut:-
  • Membantu anda, keluarga anda dan juga kontraktor yang ingin membina rumah anda memahami reka bentuk keseluruhan pelan rumah yang anda beli melalui lukisan 3D perspektif
  • Membantu anda mendapatkan anggaran kos pembinaan daripada beberapa kontraktor di tempat anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah ‘print’ LRS dalam saiz A4 beberapa salinan & kemukakan kepada beberapa kontraktor bagi mendapatkan kos pembinaan.
  • Membantu anda merancang susunatur dalam rumah idaman anda melalui PELAN SUSUNATUR PERABOT yang diberikan secara PERCUMA
  • Membantu anda merancang pembelian bahan seperti ‘tile’, ceiling, cat dan sebaginya melaluiJADUAL KELUASAN RUANG & CADANGAN KEMASAN yang diberikan secara PERCUMA
  • Membantu memudahkan anda mendapatkan lukisan struktur daripada jurutera di tempat anda melalui LUKISAN PEMBINAAN dalam format AutoCAD. Lukisan ini juga boleh diubahsuai bagi tujuan ‘submission’ kepada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di tempat anda. Kami akan menyediakan lukisan tersebut dalam bentuk ‘softcopy’ bagi kemudahan anda.
  • Membantu tukang rumah atau kontraktor membina rumah idaman anda mengikut saiz dan spesifikasi yang ditetapkan kerana ukuran dimensi dinyatakan dalam unit meter & kaki.
  • Membantu anda membuat tempahan pintu dan tingkap melalui LUKISAN PERINCIAN JADUAL PINTU & TINGKAP yang kami berikan secara PERCUMA yang bernilai lebih daripada RM 300
  • Membantu anda membeli kelengkapan elektrik seperti kipas, lampu, soket dan sebagainya melalui LUKISAN PERINCIAN ‘REFLECTED CEILING LAYOUT & ELECTRICAL DIAGRAM yang kami berikan secara PERCUMA yang bernilai lebih daripada RM 500

Berikut adalah senarai lukisan yang anda bakal perolehi melalui PAKEJ UTAMA iaitu:-
  • Laporan Rekabentuk Skematik (Lukisan dalam bentuk ‘softcopy’ dalam format JPEG yang boleh dicetak dalam saiz A4/A3) yang mengandungi lukisan pelan tapak, pelan lantai, pelan bumbung, 2 lukisan keratan rentas, lukisan pandangan hadapan, belakang dan sisi kiri dan kanan serta jadual keluasan ruang beserta cadangan kemasan.
  • Pemberian PERCUMA
    a) 4 pandangan 3D perspektif bernilai RM 400
    b) pelan susunatur perabot bernilai RM 100
  • Lukisan Pembinaan (Lukisan dalam bentuk ‘softcopy’ dalam format AutoCAD yang boleh diubahsuai dan dicetak dalam saiz A1 samada bagi tujuan pembinaan atau diubahsuai bagi tujuan pengemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan) yang mengandungi lukisan berskala iaitu pelan tapak (1:200), pelan lantai, pelan bumbung, 2 lukisan keratan rentas, 4 lukisan pandangan hadapan, belakang dan kedua-dua sisi (1:100) serta jadual keluasan ruang beserta cadangan kemasan.
  • Pemberian PERCUMA!
    a) Jadual Pintu Dan Tingkap, Lukisan Perincian Bilik Air dan Lukisan Perincian Tangga bernilai RM 300 b) Pelan susunatur siling dan ‘electrical diagram’ (1:100) bernilai RM 500
Berapakah yang anda perlu bayar untuk PAKEJ UTAMA ini?
Jika mengambilkira nilaian lukisan yang bakal anda perolehi, biasanya CAJ minimum yang terpaksa anda bayar ialah sekurang-kurangnya RM 1500.
Bahkan kami tidak dapat memberi JAMINAN anda akan mendapat CAJ minimum ini ditempat lain.
Namun, bagi membantu anda, kami tidak teragak-agak untuk memberikan DISKAUN di luar jangkaan kepada anda.
‘Harga PROMOSI selepas DISKAUN’ bagi PAKEJ UTAMA ini hanyalah
RM 800 sahaja!!!
RM 800 sahaja!!!
Walaubagaimanapun,’PROMOSI’ ini tidak boleh kami kekalkan selama-lamanya.
Harganya mungkin dinaikkan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

BUATLAH TEMPAHAN PELAN RUMAH IDAMAN ANDA SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!!



PAKEJ ASAS (Pakej 1)
  • Merupakan Pakej ASAS Reka Bentuk Rumah bagi membantu anda sekiranya anda mempunyai Bajet yang TERHAD
  • Merangkumi lukisan dalam bentuk LAPORAN REKABENTUK SKEMATIK (LRS) dalam format JPEG (saiz A4)
Melalui Pakej ini, ianya bakal membantu ANDA menyelesaikan masalah berikut:-
  • Membantu anda, keluarga anda dan juga kontraktor yang ingin membina rumah anda memahami reka bentuk keseluruhan pelan rumah yang anda beli melalui lukisan 3D perspektif
  • Membantu anda mendapatkan anggaran kos pembinaan daripada beberapa kontraktor di tempat anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah ‘print’ LRS dalam saiz A4 beberapa salinan & kemukakan kepada beberapa kontraktor bagi mendapatkan kos pembinaan.
  • Membantu anda merancang susunatur dalam rumah idaman anda melalui PELAN SUSUNATUR PERABOT yang diberikan secara PERCUMA
  • Membantu anda merancang pembelian bahan seperti ‘tile’, ceiling, cat dan sebaginya melalui JADUAL KELUASAN RUANG & CADANGAN KEMASAN yang diberikan secara PERCUMA

Berikut adalah senarai lukisan yang anda bakal perolehi melalui PAKEJ UTAMA iaitu:-
  • Laporan Rekabentuk Skematik (Lukisan dalam bentuk ‘softcopy’ dalam format JPEG yang boleh dicetak dalam saiz A4/A3) yang mengandungi lukisan pelan tapak, pelan lantai, pelan bumbung, 2 lukisan keratan rentas, lukisan pandangan hadapan, belakang dan sisi kiri dan kanan serta jadual keluasan ruang beserta cadangan kemasan.
  • Pemberian PERCUMA
    a) 4 pandangan 3D perspektif bernilai RM 400
    b) pelan susunatur perabot bernilai RM 100
Berapakah yang anda perlu bayar untuk PAKEJ JIMAT ini?

Sebagai memenuhi matlamat bagi membantu anda, harga selepas DISKAUN yang kami tawarkan bagi PAKEJ JIMAT ini hanyalah RM 230 sahaja (Harga asal ialah RM 350)

Thursday, March 20, 2014

Pengenalan dan Kaedah Pembinaan Batu Bata Interlok

Pengenalan 
Batu Bata Interlok
APAKAH BATU BATA INTERLOK (INTERLOCKING BRICKS)
Secara amnya batu bata interlok adalah bahan binaan yang bebeza dengan batu-bata biasa. Ia direkabentuk dengan reka bentuk khas sebagai batu bata pasang siap (interlocking bricks sistem) yang merupakan satu teknologi baru dalam pembuatan dan pengeluaran produk pembinaan bagi mengantikan kaedah konvensional. Batu bata interlok boleh diusahakan sendiri tanpa perlu proses bakar, tetapi melalui proses kimia. Susunan batu bata interlok tidak perlu mortar simen kerana bersifat 'interlocking' Ia juga bersifat 'homogeneous',  tidak perlu kemasan cat dan anti fungus. Pengusaha produk inovasi ini mendapat perhatian dan galakkan R&D tempatan untuk dikomersilkan secara meluas.
Batu bata interlok dihasilkan daripada campuran tanah , pasir , simen dan air yang dimampatkan . Kaedah pembuatannya mengunakan pemampat tekanan tinggi – Hydrulic Press, dalam menghasilkan blok bata yang seragam mengikut reka bentuk yang dikehendaki mengikut keperluan dan kesesuaian pembinaan.
KELEBIHAN PENGGUNAAN BATU BATA INTERLOK
  1. Bata yang dihasilkan mempunyai bentuk yang sama, dihasilkan dengan penggunaan mesin serta ketinggian setiap jenis bata adalah sama dan tepat. Ia untuk memudahkan pemasangan sewaktu kerja menyusun bata dan memastikan kedudukan bata tegak dan lurus. Kerja menyusun bata dapat dibuat tanpa memerlukan kepakaran tukang bata mahir.
  2. Mortar tidak digunakan sewaktu kerja penyusunan bata bermula di lapisan kedua dan jumlah penggunaan simen dikurangkan
  3. Setiap bata yang dihasilkan mempunyai lubang di tengah berfungsi sebagai:-

    a. Ruang untuk  steel rods untuk reinforcement dan untuk memasukkan liquid mortar kedalam lubang tersebut apabila bata telah disusun. Bancuhan yang telah memenuhi keseluruhan ruang lubang akan membuat kestabilan dinding lebih kukuh

    b. Laluan/litar elektrik untuk kerja-kerja pendawaian elektrik dan laluan paip agihan air (reticulation pipe).
  4. Menjimatkan kos pembinaan rumah antara 15%-20% disebabkan oleh:

    a. Penjimatan tenaga kerja mahir & kos upah
    b. Menjimatkan kos bahan mentah (simen & besi)
    c. Formwork tidak diperlukan (produk termasuk bata beam)
    d. Lepaan (plaster) tidak diperlukane.      
    e. Penggunaan cat untuk bahagian yang perlu sahaja
    f.  Tempoh penyiapan kerja dapat dipendekkan
    g. Tiang dan rasuk konkrit tetulang tidak diperlukan
    h. Keperluan bahan mentah untuk membuat bata mudah dan senang diperolehi dan proses pengeluaran juga memberi kelebihan dari segi persekitaran alam sekitar.
  5. Dibandingkan dengan kaedah conventional masonry, kerja menyusun / mengikat bata menjimatkan tempoh masa pembinaan dan kuantiti mortar yang digunakan terkawal dan menjimatkan . Kawasan tapak pembinaan juga tidak terdedah kepada bahan buangan terpakai serta keselamatan di kawasan kerja lebih selamat.
  6. Kestabilan struktur dan ketahanan untuk pembinaan berasakan  Batu Bata Interlok  adalah baik dan menghasilkan ruang dalaman bangunan yang sejuk berbanding bangunan berasaskan conventional masonry
  7. Batu Bata Interlok  boleh dikeluarkan dalam skala yang kecil di kawasan tapak pembinaan ( untuk mengurangkan kos masa & penghantaran ke tapak pembinaan). Proses pengeluaran produk juga tidak melibatkan penggunaan tenaga kerja yang ramai ( jumlah pekerja antara 4-6 pekerja)
  8. Dari sudut teknikal, kaedah penggunaan Batu Bata Interlok ini sesuai digunapakai di dalam pelbagai kerja-kerja yang melibatkan pembinaan
  9. Dari sudut kewangan, kos pembinaan untuk sesuatu projek yang dijalankan dapat dijimatkan dengan pengurangan tempoh masa siap, kos upah untuk pekerja mahir dan jumlah pekerja dapat dikurangkan serta jumlah penggunaan bahan asas pembinaan seperti simen, pasir, besi dan juga penggunaan formwork hanya di bahagian yang tertentu sahaja. 
Jenis-Jenis
Batu Bata Interlok

Kaedah Pembinaan

Batu Bata Interlok
  1. Menyediakan rekabentuk dan pelan rumah berdasarkan modul batubata interlok. Lukisan kerja (working drawings) dan lukisan jurutera juga disediakan untuk memudahkan kerja pembinaan.
  2. Memancang tanda (setting out) kedudukan rumah di atas tapakbina berdasarkan pelan.
  3. Membina asas (faundation) rumah berpandukan spesifikasi struktur yang disediakan oleh jurutera. Aras papak lantai konkrit mestilah dipastikan rata dan lurus.
  4. Menyapu satu lapisan bitumen cair serta memasang satu lapisan membran bitumen seterusnya menurap satu lapisan simen motar setebal 2 inci. 
  5. Menyusun lapisan pertama dinding dan tiang batu bata interlok di keseluruhan bangunan rumah dengan merujuk kepada lukisan binaan yang disediakan.
  6. Menyusun batu bata interlok untuk lapisan kedua dan seterusnya sehingga ketinggian 1 meter atau 10 lapisan batu bata.
  7. Memasang bar besi (saiz minima Y10) untuk setiap 1 meter lebar (memanjang) dan setiap 1 meter tinggi (menegak) dinding.
  8. Memasang konduit pendawaian elektrik dan paip air.
  9. Menuangkan sehingga penuh simen mortar (G1/1:3) kedalam setiap lubang batu bata pada setiap 1 meter (10 lapisan bata) untuk mengikat dan mengukuhkan dinding. Limpahan simen mortar yang terkeluar daripada celahan sambungan batu bata interlok hendaklah dibersihkan...
  10. Menyusunpasang bata rasuk (beam brick) pada lapisan bawah dan lapisan atas kerangka pintu dan tingkap dan dikukuhkan dengan bar besi.
  11. Pada setiap 1 meter atau diatas setiap 10 lapisan bata dinding, bata rasuk akan disusunpasang bertujuan untuk mengunci dinding bata tersebut. Begitu juga pada lapisan akhir dinding bata sebagai pengganti rasuk konkrit atau besi.
  12. Menyapu lapisan kalis air di permukaan dinding batu bata yang telah siap dipasang samada dengan cara semburan atau menggunakan berus cat.
  13. Memasang kekuda bumbung dan bahan penutup bumbung.

Contoh Rumah
Batu Bata Interlok
REKABENTUK RUMAH BATU BATA INTERLOK  
Hampir semua jenis rumah kediaman boleh direkabentuk dan dibina dengan menggunakan batu bata interlok. walaubagaimanapun, terdapat dua aspek rekabentuk yang menjadi kekangan iaitu:
  1. Susunatur pelan rumah adalah bersegiempat (bersudut tepat)
  2. Semua ukuran dinding (panjang, lebar dan tinggi) adalah bergantung kepada jumlah gandaan panjang jenis batu bata yang digunakan. 
Lain-lain prinsip rekabentuk dan pembinaan, seperti ukuran dan pembinaan asas rumah, siling dan bumbung adalah sama dengan kaedah pembinaan konvensional.


Proses Membina Rumah Sendiri

Proses
Pembinaan

Berikut adalah ringkasan proses pembinaan sebuah rumah:- 
  1.    Mengenal pasti sempadan tanah tapak rumah
  2.    Membina papan adang dan papan tanda
  3.    Membuat pancang tanda 
  4.    Membina asas konkrit (footing)
  5.    Membina stump konkrit
  6.    Membina rasuk aras tanah (ground beam)
  7.    Membina lantai konkrit 
  8.    Membina tiang konkrit

    Video Pembinaan Rumah Contoh

  9.    Membina dinding batu bata (brickwall)
  10.    Memasang bingkai jendela dan pintu
  11.    Membina rasuk bumbung konkrit 
  12.    Memasang ke rangka dan penutup bumbung 
  13.    Memasang konduit pendawaian elektrik
  14.    Memasang siling 
  15.    Melepa dinding 
  16.    Melepa lantai
  17.    Memasang paip bekalan air (plumbing work) serta tangki air
  18.    Memasang jubin lantai dan dinding
  19.    Membina longkang dan apron
  20.    Membina tangki septik dan paip kumbahan
  21.    Memasang daun pintu dan ironmongeries
  22.    Mengecat 
  23.    Membersih dan membawa keluar sampah dan sisa binaan
  24.    Melakukan pemeriksaan akhir dan membuat permohonan CCC (Sijil Penyiapan dan Pematuhan)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































Lukis Pelan




Lubang yang telah dikorek untuk tapak gajah.






                                                         Besi sebelum dituang konkrit.


 

                       Konkrit yang telah dituang supaya menjadi tapak gajah dan ditanam 
sekali dengan besi untuk buat tiang rumah.






Tapak gajah yang telah siap, ditimbus semula, dan dibuat beam bawah.



Inilah rupanya beam bawah yang telah siap.. Proses seterusnya..





Membina dinding








Dinding yang telah siap dibina.



Dinding yang telah telah siap dibina perlu diletak 'lintel' di bahagian atas tingkap untuk menampung bebanan. 



Sementara menyiapkan pemasangan batu-bata untuk dinding, sebahagian pekerja membuat kerangka besi untuk top beam. 


          Inilah kerangka besi top beam yang telah diletakkan di atas dinding sebelum papan acuan dipasang.








                    .

Apabila beam dah keras, mereka pun pasang bumbung. Kenalah tentukan jenis bumbung apa, sebab nak pasang kerangka bumbung kena betul kiranya. Kalau pasang atap genting, banyak guna besi sebab genting berat. Saya nak atap genting, sebab rumah tak panas. Kalau boleh tak nak pakai air cond. Nak natural aje..


rangka bumbung besi

Selepas itu, barulah dipasang bumbung genting.
Bumbung genting yang hampir siap dipasang.