Saturday, July 8, 2023
Sunday, April 20, 2014
PELAN RUMAH IDAMAN ANDA
Jika ANDA ‘serius’ untuk dibantu…. Kami ada jawapannya…….! |
Ketahui Bagaimana ANDA Boleh Menempah Pelan Rumah Idaman ANDA Dengan Harga DISKAUN Daripada Kami?
|
Tawaran Harga TERENDAH Bagi Membantu Anda Membina Rumah Idaman Anda!
|
|
|
|
Jika YA, kami benar-benar ‘serius’ ingin membantu ANDA!
TEMPAHLAH PELAN RUMAH IDAMAN ANDA SEKARANG DENGANHarga Diskaun!!
BERAPAKAH CAJ YANG KAMI KENAKAN?
Kebiasannya, caj yang dikenakan bagi merekabentuk dan menyediakan pelan rumah adalah bergantung kepada keluasan luas lantai yang mana akan mempengaruhi kos pembinaan.
Lagi BESAR rumah yang anda inginkan, lagi TINGGI kos design dan penyediaan pelan yang terpaksa anda tanggung.
Namun, bagi membantu ramai pihak termasuk ANDA, kami di rekabentukrumah.com menyediakan“flat rate” untuk semua design yang kami paparkan di galeri ONLINE kami.
MAKSUDNYA??
Ianya bermaksud, mana-mana design di galeri kami dijual pada harga yang sama tanpa mengira keluasan luas lantai, bilangan bilik & juga anggaran kos pembinaan.
Jadi, apa yang perlu ANDA lakukan hanyalah memilih design yang sesuai dengan keperluan ANDA tanpa perlu risau kos pelan meningkat jika rumah anda BESAR!
BUATLAH TEMPAHAN PELAN RUMAH IDAMAN ANDA HARI INI !!!
Bagi membantu ANDA, terdapat 2 PAKEJ yang kami sediakan iaitu:-
PAKEJ UTAMA (Pakej 3)
- Merupakan Pakej Reka Bentuk Rumah Yang LENGKAP
- Merangkumi LUKISAN PEMBINAAN dalam format AutoCAD (saiz A1) & juga LAPORAN REKABENTUK SKEMATIK (LRS) dalam format JPEG (saiz A4)
Melalui Pakej ini, ianya bakal membantu ANDA menyelesaikan masalah berikut:-
|
|
|
|
|
|
|
|
Berikut adalah senarai lukisan yang anda bakal perolehi melalui PAKEJ UTAMA iaitu:-
|
|
|
|
Berapakah yang anda perlu bayar untuk PAKEJ UTAMA ini?
Jika mengambilkira nilaian lukisan yang bakal anda perolehi, biasanya CAJ minimum yang terpaksa anda bayar ialah sekurang-kurangnya RM 1500.
Bahkan kami tidak dapat memberi JAMINAN anda akan mendapat CAJ minimum ini ditempat lain.
Namun, bagi membantu anda, kami tidak teragak-agak untuk memberikan DISKAUN di luar jangkaan kepada anda.
‘Harga PROMOSI selepas DISKAUN’ bagi PAKEJ UTAMA ini hanyalah
RM 800 sahaja!!!
RM 800 sahaja!!!
Walaubagaimanapun,’PROMOSI’ ini tidak boleh kami kekalkan selama-lamanya.
Harganya mungkin dinaikkan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
BUATLAH TEMPAHAN PELAN RUMAH IDAMAN ANDA SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!!
PAKEJ ASAS (Pakej 1)
- Merupakan Pakej ASAS Reka Bentuk Rumah bagi membantu anda sekiranya anda mempunyai Bajet yang TERHAD
- Merangkumi lukisan dalam bentuk LAPORAN REKABENTUK SKEMATIK (LRS) dalam format JPEG (saiz A4)
Melalui Pakej ini, ianya bakal membantu ANDA menyelesaikan masalah berikut:-
|
|
|
|
Berikut adalah senarai lukisan yang anda bakal perolehi melalui PAKEJ UTAMA iaitu:-
|
|
Berapakah yang anda perlu bayar untuk PAKEJ JIMAT ini?
Sebagai memenuhi matlamat bagi membantu anda, harga selepas DISKAUN yang kami tawarkan bagi PAKEJ JIMAT ini hanyalah RM 230 sahaja (Harga asal ialah RM 350)
Thursday, March 20, 2014
Pengenalan dan Kaedah Pembinaan Batu Bata Interlok
Pengenalan
Batu Bata Interlok
APAKAH BATU BATA INTERLOK (INTERLOCKING BRICKS)
Secara amnya batu bata interlok adalah bahan binaan yang bebeza dengan batu-bata biasa. Ia direkabentuk dengan reka bentuk khas sebagai batu bata pasang siap (interlocking bricks sistem) yang merupakan satu teknologi baru dalam pembuatan dan pengeluaran produk pembinaan bagi mengantikan kaedah konvensional. Batu bata interlok boleh diusahakan sendiri tanpa perlu proses bakar, tetapi melalui proses kimia. Susunan batu bata interlok tidak perlu mortar simen kerana bersifat 'interlocking' Ia juga bersifat 'homogeneous', tidak perlu kemasan cat dan anti fungus. Pengusaha produk inovasi ini mendapat perhatian dan galakkan R&D tempatan untuk dikomersilkan secara meluas.
Batu bata interlok dihasilkan daripada campuran tanah , pasir , simen dan air yang dimampatkan . Kaedah pembuatannya mengunakan pemampat tekanan tinggi – Hydrulic Press, dalam menghasilkan blok bata yang seragam mengikut reka bentuk yang dikehendaki mengikut keperluan dan kesesuaian pembinaan.
KELEBIHAN PENGGUNAAN BATU BATA INTERLOK
- Bata yang dihasilkan mempunyai bentuk yang sama, dihasilkan dengan penggunaan mesin serta ketinggian setiap jenis bata adalah sama dan tepat. Ia untuk memudahkan pemasangan sewaktu kerja menyusun bata dan memastikan kedudukan bata tegak dan lurus. Kerja menyusun bata dapat dibuat tanpa memerlukan kepakaran tukang bata mahir.
- Mortar tidak digunakan sewaktu kerja penyusunan bata bermula di lapisan kedua dan jumlah penggunaan simen dikurangkan
- Setiap bata yang dihasilkan mempunyai lubang di tengah berfungsi sebagai:-
a. Ruang untuk steel rods untuk reinforcement dan untuk memasukkan liquid mortar kedalam lubang tersebut apabila bata telah disusun. Bancuhan yang telah memenuhi keseluruhan ruang lubang akan membuat kestabilan dinding lebih kukuh
b. Laluan/litar elektrik untuk kerja-kerja pendawaian elektrik dan laluan paip agihan air (reticulation pipe).
- Menjimatkan kos pembinaan rumah antara 15%-20% disebabkan oleh:
a. Penjimatan tenaga kerja mahir & kos upah
b. Menjimatkan kos bahan mentah (simen & besi)
c. Formwork tidak diperlukan (produk termasuk bata beam)
d. Lepaan (plaster) tidak diperlukane.
e. Penggunaan cat untuk bahagian yang perlu sahaja
f. Tempoh penyiapan kerja dapat dipendekkan
g. Tiang dan rasuk konkrit tetulang tidak diperlukan
h. Keperluan bahan mentah untuk membuat bata mudah dan senang diperolehi dan proses pengeluaran juga memberi kelebihan dari segi persekitaran alam sekitar.
- Dibandingkan dengan kaedah conventional masonry, kerja menyusun / mengikat bata menjimatkan tempoh masa pembinaan dan kuantiti mortar yang digunakan terkawal dan menjimatkan . Kawasan tapak pembinaan juga tidak terdedah kepada bahan buangan terpakai serta keselamatan di kawasan kerja lebih selamat.
- Kestabilan struktur dan ketahanan untuk pembinaan berasakan Batu Bata Interlok adalah baik dan menghasilkan ruang dalaman bangunan yang sejuk berbanding bangunan berasaskan conventional masonry
- Batu Bata Interlok boleh dikeluarkan dalam skala yang kecil di kawasan tapak pembinaan ( untuk mengurangkan kos masa & penghantaran ke tapak pembinaan). Proses pengeluaran produk juga tidak melibatkan penggunaan tenaga kerja yang ramai ( jumlah pekerja antara 4-6 pekerja)
- Dari sudut teknikal, kaedah penggunaan Batu Bata Interlok ini sesuai digunapakai di dalam pelbagai kerja-kerja yang melibatkan pembinaan
- Dari sudut kewangan, kos pembinaan untuk sesuatu projek yang dijalankan dapat dijimatkan dengan pengurangan tempoh masa siap, kos upah untuk pekerja mahir dan jumlah pekerja dapat dikurangkan serta jumlah penggunaan bahan asas pembinaan seperti simen, pasir, besi dan juga penggunaan formwork hanya di bahagian yang tertentu sahaja.
Jenis-Jenis
Batu Bata Interlok
Pengenalan
Batu Bata Interlok
Batu Bata Interlok
a. Ruang untuk steel rods untuk reinforcement dan untuk memasukkan liquid mortar kedalam lubang tersebut apabila bata telah disusun. Bancuhan yang telah memenuhi keseluruhan ruang lubang akan membuat kestabilan dinding lebih kukuh
b. Laluan/litar elektrik untuk kerja-kerja pendawaian elektrik dan laluan paip agihan air (reticulation pipe).
a. Penjimatan tenaga kerja mahir & kos upah
b. Menjimatkan kos bahan mentah (simen & besi)
c. Formwork tidak diperlukan (produk termasuk bata beam)
d. Lepaan (plaster) tidak diperlukane.
e. Penggunaan cat untuk bahagian yang perlu sahaja
f. Tempoh penyiapan kerja dapat dipendekkan
g. Tiang dan rasuk konkrit tetulang tidak diperlukan
h. Keperluan bahan mentah untuk membuat bata mudah dan senang diperolehi dan proses pengeluaran juga memberi kelebihan dari segi persekitaran alam sekitar.
Jenis-Jenis
Batu Bata Interlok
Batu Bata Interlok
Kaedah Pembinaan
Batu Bata Interlok
- Menyediakan rekabentuk dan pelan rumah berdasarkan modul batubata interlok. Lukisan kerja (working drawings) dan lukisan jurutera juga disediakan untuk memudahkan kerja pembinaan.
- Memancang tanda (setting out) kedudukan rumah di atas tapakbina berdasarkan pelan.
- Membina asas (faundation) rumah berpandukan spesifikasi struktur yang disediakan oleh jurutera. Aras papak lantai konkrit mestilah dipastikan rata dan lurus.
- Menyapu satu lapisan bitumen cair serta memasang satu lapisan membran bitumen seterusnya menurap satu lapisan simen motar setebal 2 inci.
- Menyusun lapisan pertama dinding dan tiang batu bata interlok di keseluruhan bangunan rumah dengan merujuk kepada lukisan binaan yang disediakan.
- Menyusun batu bata interlok untuk lapisan kedua dan seterusnya sehingga ketinggian 1 meter atau 10 lapisan batu bata.
- Memasang bar besi (saiz minima Y10) untuk setiap 1 meter lebar (memanjang) dan setiap 1 meter tinggi (menegak) dinding.
- Memasang konduit pendawaian elektrik dan paip air.
- Menuangkan sehingga penuh simen mortar (G1/1:3) kedalam setiap lubang batu bata pada setiap 1 meter (10 lapisan bata) untuk mengikat dan mengukuhkan dinding. Limpahan simen mortar yang terkeluar daripada celahan sambungan batu bata interlok hendaklah dibersihkan...
- Menyusunpasang bata rasuk (beam brick) pada lapisan bawah dan lapisan atas kerangka pintu dan tingkap dan dikukuhkan dengan bar besi.
- Pada setiap 1 meter atau diatas setiap 10 lapisan bata dinding, bata rasuk akan disusunpasang bertujuan untuk mengunci dinding bata tersebut. Begitu juga pada lapisan akhir dinding bata sebagai pengganti rasuk konkrit atau besi.
- Menyapu lapisan kalis air di permukaan dinding batu bata yang telah siap dipasang samada dengan cara semburan atau menggunakan berus cat.
- Memasang kekuda bumbung dan bahan penutup bumbung.
Contoh Rumah
Batu Bata Interlok
REKABENTUK RUMAH BATU BATA INTERLOK Batu Bata Interlok
Hampir semua jenis rumah kediaman boleh direkabentuk dan dibina dengan menggunakan batu bata interlok. walaubagaimanapun, terdapat dua aspek rekabentuk yang menjadi kekangan iaitu:
- Susunatur pelan rumah adalah bersegiempat (bersudut tepat)
- Semua ukuran dinding (panjang, lebar dan tinggi) adalah bergantung kepada jumlah gandaan panjang jenis batu bata yang digunakan.
Lain-lain prinsip rekabentuk dan pembinaan, seperti ukuran dan pembinaan asas rumah, siling dan bumbung adalah sama dengan kaedah pembinaan konvensional.
Proses Membina Rumah Sendiri
Proses
Pembinaan
Pembinaan
Berikut adalah ringkasan proses pembinaan sebuah rumah:-
- Mengenal pasti sempadan tanah tapak rumah
- Membina papan adang dan papan tanda
- Membuat pancang tanda
- Membina asas konkrit (footing)
- Membina stump konkrit
- Membina rasuk aras tanah (ground beam)
- Membina lantai konkrit
- Membina tiang konkrit
Video Pembinaan Rumah Contoh
- Membina dinding batu bata (brickwall)
- Memasang bingkai jendela dan pintu
- Membina rasuk bumbung konkrit
- Memasang ke rangka dan penutup bumbung
- Memasang konduit pendawaian elektrik
- Memasang siling
- Melepa dinding
- Melepa lantai
- Memasang paip bekalan air (plumbing work) serta tangki air
- Memasang jubin lantai dan dinding
- Membina longkang dan apron
- Membina tangki septik dan paip kumbahan
- Memasang daun pintu dan ironmongeries
- Mengecat
- Membersih dan membawa keluar sampah dan sisa binaan
- Melakukan pemeriksaan akhir dan membuat permohonan CCC (Sijil Penyiapan dan Pematuhan)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lukis Pelan
Lubang yang telah dikorek untuk tapak gajah.
Besi sebelum dituang konkrit.
Konkrit yang telah dituang supaya menjadi tapak gajah dan ditanam
Dinding yang telah telah siap dibina perlu diletak 'lintel' di bahagian atas tingkap untuk menampung bebanan.
Sementara menyiapkan pemasangan batu-bata untuk dinding, sebahagian pekerja membuat kerangka besi untuk top beam.
Inilah kerangka besi top beam yang telah diletakkan di atas dinding sebelum papan acuan dipasang.
|
.
Apabila beam dah keras, mereka pun pasang bumbung. Kenalah tentukan jenis bumbung apa, sebab nak pasang kerangka bumbung kena betul kiranya. Kalau pasang atap genting, banyak guna besi sebab genting berat. Saya nak atap genting, sebab rumah tak panas. Kalau boleh tak nak pakai air cond. Nak natural aje..
rangka bumbung besi Selepas itu, barulah dipasang bumbung genting. |
Bumbung genting yang hampir siap dipasang. |
Subscribe to:
Posts (Atom)